VISI DAN MISI SEKOLAH

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkentrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Visi SMKSB

Meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, ko-kurikulum dan imej sekolah

Misi SMKSB

-Melahirkan warga sekolah yang bijaksana dan berakhlak-
-Membangun potensi pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum-
-Memantapkan program akademik dan program sahsiah-
-Melaksanakan pemantauan dan penyelian semua peringkat-

Prinsip Dan Nilai Sekolah

Niat yang benar-benar ikhlas mendasari semua amalan, perlakuan dan tindakan.  Semua pelajar berpotensi mencapai kejayaan mengikut keupayaan masing-masing.  Perhubungan yang erat, mesra dan saling hormat-menghormati menjadi tunggak perhubungan si semua peringkat.  Belajar dan mengajar adalah satu IBADAH yang dituntut pertanggungjawabannya.  Urusan pertumbuhan lahir dan batin perlu diberi penekanan yang seimbang sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan keagamaan.  Persekitaran yang bersih, kemas dan tenteram adalah penting untuk perkembangan insan